Thursday, July 7, 2011

Bahagian Perkembangan Folio Sejarah

Assalamualaikum wbt...woooo....lmew x update blog yg x brape nk cute nie....Misz sibuk la...nk dkat trial PMR...fuhh...menggunung kije skola...huhu..Misz nk tnye...korg da ciap ke lum folio sej...??haha..Misz da ciap da...so Misz nk kongsi ckit bahagian perkembangan yg auni buat..memandangkan Misz tggal kt p.puteh..so Misz wat sal MDPP..hope dpt bantu ckit2 korg2 yg x ciap ag folio tuu...hehehe...tata..!! :)

4.PERKEMBANGAN
4.1 – Sumber Kewangan
     Sumber kewangan yang diperoleh oleh MDPP adalah berdasarkan hasil cukai pintu,cukai taksiran dan kadaran.Cukai-cukai dan kadaran seperti ini diperoleh daripada perniagaan,kediaman,perniagaan,stesen minyak,resort,jeti atau pasar.Selain itu,sewaan bangunan,kedai,kiosk,medan selera,tapak pasar minggu,pasar,loji dan  jentera juga menjadi sumber kewangan MDPP.
     MDPP juga mendapat sumber kewangan daripada denda dan kompaun,kesalahan pembangunan,perniagaan serta lalu lintas.Disamping itu,projek usahasama membangunkan tanah kerajaan serta gesaan kerajaan persekutuan dan negeri.
     Yuran perkhidmatan dan ikhtisas serta bayaran tempat letak kereta juga menjadi sumber penting untuk MDPP.
4.2 – Pembangunan Prasarana
     Pihak MDPP telah berusaha membangunkan prasarana dan fizikal di kawasan yang strategik.Di kawasan Bandar Pasir Puteh.usaha membina taman dalam bandar,sistem pemparitan,membina ruang perniagaan serta kemudahan lain seperti tandas awam juga dijalankan.
     Dikawasan pelancongan seperti di Pantai Bisikan Bayu,Tok Bali serta Hutan Lipur,Jeram Linang dan Air Terjun Jeram Pasu,pelbagai kemudahan asa awam dan ruang pernigaan telah disediakan untuk kemudahan dan kepentingan pengunjung.

4.3 – Keistimewaan
   D kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh,terdapat beberapa tempat yang menarik dan mempunyai nilai sejarahnya.Tugu Peringatan Tok Janggut dibina untuk mengenang pejuang bangsa iaitu Tok Janggut yang bangkit menentang British.Selain itu,Wakaf Tuan Farrer yan terletak di persimpangan Bulatan Jalan Nara merupakan monument penting peninggalan Inggerisngdibina pada tahun 1917 diambil sempena nama pemangku Penasihat British di Kelantan iaitu Roland John Farrer.
4.4 – Pengiktirafan / Penghargaan
      MDPP telah Berjaya menerima pengiktirafan samada di peringkat negeri atau negara.Antaranya ialah Persijilan MS ISO Bahagian Perlesenan,Aunugerah Pusat Bandar,Pencapaian Taraf 5 Bintang bagi penyediaan laman web – www.mdpp.gov.com.

No comments:

Post a Comment