Monday, September 26, 2011

Hukum Bercinta Dalam Islam...?

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Ini antara contoh soalan :

Soalan 1:

Salam..Ustaz nk tnya skit ni..sy de dngr ustaz2 yg mengajar kt masjid..katanya becinta itu haram hukumnya.soalan saya,betulkah haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin walaupun batas2nya telah dijaga..dan andai kata betul patutkah seseorang itu memutuskan hubungan percintaannya dan memulakan kehidupan masing2 jika mereka telah mengetahui akan haram hukumnya bercinta sblm kahwin.

Jawapan:

Bercinta yang diharamkan tu ialah seperti yang berlaku dewasa ini yaitu antara si lelaki dan si perempuan saling berbual, bertemu, keluar atau makan bersama.

Apakah yang dimaksudkan pula bercinta tapi menjaga2 batas2nya. Batas apa yg dijaga?

Kalau yg dimaksudkan dengan batas itu ialah mengikut garis panduan agama maka tidaklah salah tetapi tidak pula dinamakan bercinta.. itu hanya disebut sebagai saling mengenali.

Dalam Islam, tdak salah menegenali seorang perempuan dengan tujuan utk dijadikan isteri. Tetapi tidaklah sampai keluar bersama tanpa mahram, bercakap perkara2 yg yg disukai olih nafsu.

Tetapi kalau maksud menjaga batas tu ialah tidak tidur bersama hanya berjalan atau sekali sekala makan bersama maka itu bukan menjaga batas agama bahkan inilah bercinta yg diharamkan.

Bagi yg terlanjur sudah terlibat dengan bercinta ini tidaklah mesti memutuskan hubungan tetapi jika jujur menjadi keutamaan maka berkahwinlah sebagaimana anjuran Nabi saw.

Soalan 2 :


Zaman sekarang ni tak semestinya keluar bersama atau berbual.. Tetapi boleh jadi hanya bercinta melalui SMS sahaja.. Bagaimana pulak bercinta cara begini?...

Jawapan :


Tidak salah untuk mengenali wanita melalui sms atau seumpamanya tetapi hendaklah tidak melanggar batas2 Islam.
Yang penting ialah ada niat untuk dijadikan isteri jika berkenan. Sebaiknya hendaklah dirisik bakal isteri dengan cara mengetahui latar belakangnya melalui orang2 yang mengetahuinya seperti kawan sepejabat, kawan sekampung atau kaum keluarganya. Perbualan telefon tidaklah harus sebagaimana yang berlaku sekarang sampai berbual berjam2 dan masuk perkara2 yg tidak harus seperti bersuka2 dan berseronok.Harus mengunjungi perempuan yang ingin kita jadikan isteri dirumahnya dengan ditemani olih mahram.
Inilah apa yang diajurkan olih agama untuk kita ikuti mudah2an mendapat berkat rumahtangga yang dibina. wallahua'lam

Friday, September 16, 2011

Percintaan Ini-Ezad

Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku

Di kala itu engkaulah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Friday, July 8, 2011

Nama-Nama ALLAH SWT..

Assalamualaikum wbt..sebagai seorang Islam..kita wajib mengingati nama-nama indah-Nya...Misz harap kita sama-sama akan diberkati Allah SWT yg Maha Esa lagi Maha Penyayang,...Insyaallah...Amin...Allah The One & Only...(",)



  • AR-RAHMAN--MAHA PEMURAH
  • AR-RAHIM--MAHA PENGASIH
  • AL-MALIK--MAHA AGUNG
  • AL-QUDDUS--MAHA SUCI
  • AS-SALAM--MAHA SELAMAT SEJAHTERA
  • AL-MUKMIN--MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN
  • AL-MUHAIMIN--MAHA PENGAWAL & PENGAWAS
  • AL-AZIZ--MAHA BERKUASA
  • AL-JABBAR--MAHA KUAT
  • AL-MUTAKABBIR--MAHA MEMILIKI KEBESARAN
  • AL-KHALIQ--MAHA PENCIPTA
  • AL-BARI--MAHA MENJADIKAN
  • AL-MUSAWWIR--MAHA PEMBENTUK
  • AL-GHAFFAR--MAHA PENGAMPUN
  • AL-QAHHAR--MAHA MENENTUKAN
  • AL-WAHHAB--MAHA PEMBERI
  • AR-RAZZAQ--MAHA PEMBERI REZEKI
  • AL-FATTAH--MAHA PEMBUKA
  • AL-ALIM--MAHA MENGETAHUI
  • AL-QABIDH--MAHA PENGEKANG
  • AL-BASIT--MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT
  • AL-HAFIDD--MAHA MERENDAHKAN
  • AR-RAFI’--MAHA MENINGGIKAN
  • AL-MU’IZ--MAHA MEMULIAKAN
  • AL-MUZIL--MAHA MENGHINAKAN
  • AS-SAMI’--MAHA MENDENGAR
  • AL-BASIR--MAHA MELIHAT
  • AL-HAKAM--MAHA PENGHUKUM
  • AL-‘ADL--MAHA ADIL
  • AL-LATIF--MAHA LEMBUT
  • AL-KHABIR--MAHA MENGETAHUI
  • AL-HALIM--MAHA PENYANTUN/SABAR
  • AL-‘AZIM--MAHA AGUNG
  • AL-GHAFUR--MAHA PENGAMPUN
  • ASY-SYAKUR--MAHA BERSYUKUR
  • AL-‘ALIY--MAHA TINGGI
  • AL-KABIR--MAHA BESAR
  • AL-HAFIZ--MAHA PEMELIHARA
  • AL-MUQIT--MAHA PENJAGA
  • AL-HASIB--MAHA PENGHITUNG
  • AL-JALIL--MAHA SEMPURNA
  • AL-KARIM--MAHA PEMURAH
  • AR-RAQIB--MAHA MENGAWASI
  • AL-MUJIB--MAHA MENGABULKAN
  • AL-WASI’--MAHA LUAS
  • AL-HAKIM--MAHA BIJAKSANA
  • AL-WADUD--MAHA MENGASIHANI
  • AL-MAJID--MAHA MULIA
  • AL-BA’ITS--MAHA MEMBANGKITKAN
  • ASY-SYAHID--MAHA MENYAKSIKAN
  • AL-HAQ--MAHA BENAR
  • AL-WAKIL--MAHA PENTADBIR
  • AL-QAWIY--MAHA KUAT
  • AL-WALIY--MAHA PELINDUNG
  • AL-MATIN--MAHA TEGUH
  • AL-HAMID--MAHA TERPUJI
  • AL-MUHSI--MAHA PENGHITUNG
  • AL-MUBDI--MAHA MEMULA
  • AL-MU’ID--MAHA MENGEMBALIKAN
  • AL-MUHYI--MAHA MENGHIDUPKAN
  • AL-MUMIT--MAHA MEMATIKAN
  • AL-HAYY--MAHA HIDUP
  • AL-QAYYUM--MAHA BERDIRI SENDIRI
  • AL-WAJID--MAHA PENEMU
  • AL-MAJID--MAHA MULIA
  • AL-WAHID--MAHA ESA
  • AL-AHAD--MAHA ESA (SATU)
  • AS-SAMAD--TEMPAT BERGANTUNG
  • AL-QADIR--MAHA BERUPAYA
  • AL-MUKTADIR--MAHA BERKUASA
  • AL-MUKADDIM--MAHA MENYEGERAKAN
  • AL-MUAKHIR--MAHA MENGAKHIRKAN
  • AL-AWWAL--YANG PERTAMA
  • AL-AKHIR--YANG AKHIR
  • AZ-ZAHIR--YANG ZAHIR
  • AL-BATIN--YANG BATIN
  • AL-WALI--YANG MEMERINTAH
  • AL-MUTA’ALI--MAHA TINGGI & MULIA
  • AL-BARR--MAHA BAIK
  • AT-TAWWAB--MAHA PENERIMA TAUBAT
  • AL-MUNTAQIM--MAHA PENGHUKUM
  • AL-‘AFUW--MAHA PEMAAF
  • AR-RAUF--MAHA BELAS KASIHAN
  • MALIKUL-MULK--MAHA PEMILIK KERAJAAN
  • DZUL-JALALI--MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN
  • AL-MUQSIT--PEMILIK KEADILAN
  • AL-JAMI’--MAHA MENGUMPULKAN
  • AL-GHANIY--MAHA KAYA
  • AL-MUGHNI--YANG MAHA MEMAKMURKAN
  • AL-MANI’--MAHA PENCEGAH
  • AD-DARR--MAHA MENDATANGKAN
  • AN-NAFI’--YANG MEMBERI MANFAAT
  • AN-NUR--MAHA PEMBERI CAHAYA
  • AL-HADI--MAHA PEMBERI PETUNJUK
  • AL-BADI’--MAHA PENCIPTA KEINDAHAN
  • AL-BAQI--MAHA KEKAL
  • AR-WARITS--MAHA MEWARISI
  • AR-RASYID--MAHA PEMBERI PETUNJUK
  • AS-SABUR--MAHA PENYABAR
  • Alhamdulillah

    I was so far from you
    Yet to me you were always so close
    I wandered lost in the dark
    I closed my eyes toward the signs
    You put in my way
    I walked everyday
    Further and further away from you
    Ooooo Allah, you brought me home
    I thank You with every breath I take.
    Alhamdulillah, Alhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah
    Alhamdulillah, Alhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah.
    I never thought about
    All the things you have given to me
    I never thanked you once
    I was too proud to see the truth
    And prostrate to you
    Until I took the first step
    And that’s when you opened the doors for me
    Now Allah, I realized what I was missing
    By being far from you.
    Alhamdulillah, Alhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah
    Alhamdulillah, Alhamdulillah
    All praises to Allah,
    Allah, I wanna thank You
    I wanna thank you for all the things that you’ve done
    You’ve done for me through all my years I’ve been lost
    You guided me from all the ways that were wrong
    And did you give me hope
    O Allah, I wanna thank you
    I wanna thank You for all the things that you’ve done
    You’ve done for me through all my years I’ve been lost
    You guided me from all the ways that were wrong
    I wanna thank You for bringing me home
    Alhamdulillah, Alhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah
    Alhamdulillah, Alhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah.
    All praises to Allah.


    (Allahuakhbar......(^_^)

    Thursday, July 7, 2011

    Bahagian Perkembangan Folio Sejarah

    Assalamualaikum wbt...woooo....lmew x update blog yg x brape nk cute nie....Misz sibuk la...nk dkat trial PMR...fuhh...menggunung kije skola...huhu..Misz nk tnye...korg da ciap ke lum folio sej...??haha..Misz da ciap da...so Misz nk kongsi ckit bahagian perkembangan yg auni buat..memandangkan Misz tggal kt p.puteh..so Misz wat sal MDPP..hope dpt bantu ckit2 korg2 yg x ciap ag folio tuu...hehehe...tata..!! :)

    4.PERKEMBANGAN
    4.1 – Sumber Kewangan
         Sumber kewangan yang diperoleh oleh MDPP adalah berdasarkan hasil cukai pintu,cukai taksiran dan kadaran.Cukai-cukai dan kadaran seperti ini diperoleh daripada perniagaan,kediaman,perniagaan,stesen minyak,resort,jeti atau pasar.Selain itu,sewaan bangunan,kedai,kiosk,medan selera,tapak pasar minggu,pasar,loji dan  jentera juga menjadi sumber kewangan MDPP.
         MDPP juga mendapat sumber kewangan daripada denda dan kompaun,kesalahan pembangunan,perniagaan serta lalu lintas.Disamping itu,projek usahasama membangunkan tanah kerajaan serta gesaan kerajaan persekutuan dan negeri.
         Yuran perkhidmatan dan ikhtisas serta bayaran tempat letak kereta juga menjadi sumber penting untuk MDPP.
    4.2 – Pembangunan Prasarana
         Pihak MDPP telah berusaha membangunkan prasarana dan fizikal di kawasan yang strategik.Di kawasan Bandar Pasir Puteh.usaha membina taman dalam bandar,sistem pemparitan,membina ruang perniagaan serta kemudahan lain seperti tandas awam juga dijalankan.
         Dikawasan pelancongan seperti di Pantai Bisikan Bayu,Tok Bali serta Hutan Lipur,Jeram Linang dan Air Terjun Jeram Pasu,pelbagai kemudahan asa awam dan ruang pernigaan telah disediakan untuk kemudahan dan kepentingan pengunjung.

    4.3 – Keistimewaan
       D kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh,terdapat beberapa tempat yang menarik dan mempunyai nilai sejarahnya.Tugu Peringatan Tok Janggut dibina untuk mengenang pejuang bangsa iaitu Tok Janggut yang bangkit menentang British.Selain itu,Wakaf Tuan Farrer yan terletak di persimpangan Bulatan Jalan Nara merupakan monument penting peninggalan Inggerisngdibina pada tahun 1917 diambil sempena nama pemangku Penasihat British di Kelantan iaitu Roland John Farrer.
    4.4 – Pengiktirafan / Penghargaan
          MDPP telah Berjaya menerima pengiktirafan samada di peringkat negeri atau negara.Antaranya ialah Persijilan MS ISO Bahagian Perlesenan,Aunugerah Pusat Bandar,Pencapaian Taraf 5 Bintang bagi penyediaan laman web – www.mdpp.gov.com.

    Friday, March 25, 2011

    5M--Penyeri Taman Hati.....


    Assalamualaikum to all..hahaha..

    mesti anda tertanya2 kn...pe mnde 5M tuh..?emm..sbenarnya..5M ni umi auni la yg bagi..haha..so..auni nk kongsi ckit lar mende ni ngan korg semue..dpendekkan cter..mase tu auni ngan umi tgh borak2 smbil makan tghari..auni cter la masalah auni kat umi..mmg umi la yg slalu dgr masalah anak dy sorg nih..haha..auni pun slalu bkongsi cter ngan umi auni..caayang umi..haha...
    ehhhh...!!! dh lari topic ni..hua3..ok2..topic change..kembali kte kpd 5M td...umi auni ckap..klu nk sesuatu hubungan tu berkekalan..tanamkan sikap 5M nih :

    1.Menyayangi
    Umi ckap..klu dalam sesuatu hubungan tu mesti lah saling cyg.. xkire la lam kapel ke kawan ker..sayang ni mmg pnting..kite kena la sentiasa sayang kt dia..jgn la syg pd awalnya ajer..lame2..boring suda..aaaa...!! yg ni kte xmau..klu kte dh syg tuh..syg la smpai ble2..jgn la stakat sparuh jalan jer..camne nk kekal kalau prasaan dh jd berbelah bagi..jd..pk kn leklok..jgn sekali-kali mempermainkan prasaan org len..cuba tafsirkan klu terjd kt kita..mesti rse sakit sgt kn...?? jd igt..! sntiasa syangi seseorang tu sperti mne kite syg kn dia pada awl pertemuan nya...jgn smakin kurang eik..klu smakin lme smakin syg..itu bagus skali..! igt eik..pkara yg pling myakitkn yg kita buat adalh membuatkn seseorang itu syg kt kite..tp kite xberniat langsung nk mnerima nya...huhu

    2.Menyintai
    emm...masuk bab menyintai plak..menyintai ni ade kaitan ngan menyayangi...bile kita dh cinta..mesti lah kite syg kt seseorang tu...dalam bab ni..xbanyak yg perlu auni agtau..coz semua org dh tau ape itu cinta..oh yer..pada sape2 yg xtgk ag filem Syurga Cinta..meh auni nk agtau..ade lam satu scene tu..dia ade cakap...dialognya camni..ehem...Cinta terbahagi pada 3..yg ptama CINTA SYAITAN..cinta syaitan terjadi apabila lelaki itu terpikat pada si pompuan..si pompuan tu pun suka kat lelaki tu..mereka pun date..bpegang tangan dan trus melakukan maksiat...yg kedua..CINTA JIN..cinta ni camni..lelaki tu suka kat si pompuan..tp si pompuan xsuka ngan lelaki tu..lelaki tu pun bomohkan si pompuan agar pompuan tu suka kat dia..mereka pun berkahwin...dan yg last..cinta yg lahir pada pandangan pertama..dari mata turun ke hati..lelaki ni syg ngan si pompuan tu..dia masuk meminang dan pompuan tu terima pinangan si lelaki..mereka berkahwin dan hidup bahgia..haa..itulah yg dipanggil SYURGA CINTA...wah..berjiwang plak auni ni...haha..jadi dalam bab cinta ni..yg paling penting adalah KESETIAAN..walaupun bjauhan..setialah pada sape yg anda cintai dan yg mencintai anda..wah..so sweet...!! haha..don’t curang2 eik..xmau3..(^_^)

    3.Menghormati
     Bila dah syg..dah cinta..kita mesti la menghormati si dia tu..jgn ambil kesempatan ats diri nya..hormati hak dia...mahupun diri dia sendiri...dlm menyelesaikan sesuatu mslh pun kene sling mhormati ugk..kita kena la saling menjaga maruah masing-masing yer3…haha..awk jge sy..sy jge awk..aaa..camtu eik..tp jgn lah mlebih-lebih plak jge nyer..bagi yg dh berkahwin tuh xpe lah..bagi yg x tuu…ehem..paham2 lar..igt..! kita ni org ISLAM..ade batas pergaulannya..walaupun dh saling mencintai..tp klu x ade ikatan yg sah (kahwin) haram tetap haram…so..dpendekkan cter..jgn buat yg tidak2..!!..cam lagu ana rafali tu la..Kalau Berpacaran..hehe..bole pndang2..haha..dgr sdiri la..klu auni nyanyi tkut ujan plak 6t..kui33..

    4.Memahami
    Kpd..abg2..akak2..n semua yg sdg bsungguh2 bace blog auni ni..haha..memahami..cgt penting..memahami ni merangkumi semua..klu dah syg cgt2 kat seseorang tu mestilah kita dh mengenali siapa dia..jd cuba untuk memahami dia plak..kdg2 x kiralah org lelaki ke pompuan ke..ade jgk sesetengah tu yg susah nk luahkn prasaan dia..malu nk nyatakan ape yg dia inginkan sbenarnya..jd sbgai seorg kekasih yg sejati..ceeehh…hahaha..kene la fahami dia wahai pembaca blog yg cool2 skalian..xperlu lah sampai dia nyatakan betul2..straight to the point ape yg dia inginkan sbenarnya..kdg2 ade jgk yg ingin nk manja2 tp malu nk agtau..btul x..? haha..kita jgk kene fahami Sikap dan Prangai dia..xkira la buruk dan baik nya..biase lah manusia..xde yg sempurna..jd trimalah diri dia..SEADANYA..fahami jgk prasaan si dia tu..sdih,hapy,marah n xkire lah ape pun..cube fahami buah hati anda2 skalian yer3…

    5.Mempercayai
    M yg terakhir..klu xde yg ni dlm sesuatu hubungan tu..x lame la jawabnyer..saling mempercayai larr..susah auni nk huraikn bab ni sbenarnya..tp kita kena la percaya kpd si dia..jgn terlalu cemburu dan curiga pada buah hati anda tu..mmg kite kena ambil tahu psal dia tp jgn terlalu cgt2 control dia..kn dh cinta..percaya lah yg si dia tu akan tetap setia ngan kita..haaa..gitu..so..pandai2 la anda semua pikirkan yer…haha..renung2kan..

    Jadi..tu la 5M yang umi auni cakapkan..pada pembaca blog yg cute2 semua..jika ape yg auni kongsikan ni buat ade sesetengah pihak terluka..auni mintak maaf byk2 eik (^_^)..auni sekadar nak kongsi kan ape yg auni tahu..xde kaitan antara yg hidup ataupun yg telah kembali kerahmatullah..haha..jadi kesimpulannya…brusahalah untuk menjaga hubungan antara anda ngan dia sebaiknya..smoga dia tetap menjadi teman hidup yg setia di dunia dan di akhirat…Insyaallah…wahh…haha..sekian dari auni…please leave ur cool comment ok..!! haha

    Fadhilat AL QURAN...

    assalamualaikum dan salam 1 malaysia....wahhh..!! haha.ape kabo semue..nampak cam hapy jer...pada yg kurang hapy tu..auni harap kehapyan tu datang la cepat2 kat korang eik...amin..haha..ok33..sbenarnya..auni nk kongsi sedikit sebanyak tentang fadhilat kitab suci kita..Al-Quran...smoga ape yg auni tunjukkan ni..dapat menguatkan iman kita sebagai seorang ISLAM...Amin...

    Firman ALLAH SWT :

    "SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MEMBACA KITAB ALLAH DAN MENDIRIKAN SOLAT SERTA MEMBELANJAKAN DARIPADA REZEKI YANG KAMI KURNIAKAN KEPADA MEREKA SECARA RAHSIA ATAU TERANG,MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERNIAGAAN MEREKA YANG TIDAK AKAN RUGI.."

    Sabda RASULULLAH SAW :

    'BACALAH OLEHMU AKAN AL-QURAN.MAKA SESUNGGUHNYA IA AKAN DATANG DI HARI KIAMAT SEBAGAI ORANG-ORANG YANG MENSYAFAATKAN TUANNYA.." (HR:MUSLIM)

    "SESUNGGUHNYA ORANG YANG TIDAK ADA DALAM DIRINYA SESUATU DARI AL-QURAN ADALAH SEPERTI RUMAH YANG RUNTUH.." (HR:TARMIZI)

    "BARANGSIPA MEMBACA SATU HURUF DARI KITAB ALLAH MAKA BAGINYA SATU KEBAIKAN.DAN SATU KEBAIKAN DENGAN SEPULUH SEUMPAMANYA.DAN AKU TIDAK KATAKAN 'ALIF,LAM.MIM' SATU HURUF,TETAPI 'ALIF' SATU HURUF,'LAM' SATU HURUF DAN 'MIM' SATU HURUF.." (HR:TIRMIZI)

    "BACALAH OLEHMU AKAN AL-QURAN,MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAZAB HATI YANG MENYIMPAN AL-QURAN DAN SESUNGGUHNYA QURAN INI HIDANGAN ALLAH,MAKA BARANGSIAPA MASUK PADANYA MAKA DIA MENDAPAT KEAMANAN.MAKA BARANGSIAPA KASIHKAN QURAN MAKA HENDAKLAH DIA BERGEMBIRA DENGAN BERITA BAIK.." (HR:AD-DARIMI)

    haaa...itulah dia sdikit sebyk yg bleh auni tunjukkan...hehe..jgn lupe...leave a comment k..(^_^)

    Friday, February 25, 2011

    Impian Seorang Wanita Solehah...

    impian seorang wanita soleha... bukan sekadar harta yg melilit leher jenjang yg indah... bukan hanya bersembunyi di balik bedak rias yg menawan... impian seorang wanita muslimah... menjadi malaikat bagi setiap anak2 di mahligai rumah tangganya... tempat bersandar yg indah bg para kaum adam... pelipur lara dalam dakapan cintanya... tuk menjadi adunan manis dalam kuih sayangnya... impian seorang wanita muslimah... adalah penyemangat dalam langkah dakwah suami... penunjuk jalan dlm kebingungan sang imam... bidadari impian di syurga yg dinantikan... impian wanita muslimah... adalah teriakan dalam kalbu bagi setiap kaum adam... tuk menyunting bunga yg menawan hati perjaka... namun jangan menodainya... impian seorang wanita muslimah... adalah doa yg tertanam dan menanti sebuah jawapan...............

    Assalamualaikum.....hehe

    Assalamualaikum semua..!!
    sy masih baru ni..huhu..xtau la..tbe2 je rse nk wt blog..haha...semue org ade blog kte jer xde..xbleh jd nih..haha
    ehemm..
    sye auni.... nme pnjg..Nur Auniliyana Binti Mohd Nordin....haha...
    thun ni PMR...fuhh..takut2... hrp2 dpt la ape sy n kwn2 diimpikan slame ni.....Amin..
    spanjang prjlanan hidup slame 15 thun ni..byk pngalaman yg pahit,manis,tawar...haha,,semua ade....
    yg manis tu kekal dlm igtan sy stiap saat.. yg xbrape nk manis tu....jdkan pengajaran je lar..haha... x g2..?? stakat ni....Alhamdulillah...sy ade ibubapa,kuaga n kwn2 yg sntiasa myokong sy....hehe..
    maceh byk2 eik,,haha.
    .Luv u all...muah5.....(^_^)